Posts Tagged ‘pengakap’

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Pengakap saya ucapkan kepada semua Ahli Pengakap di seluruh tanah air.

Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama pada tahun ini bagi merayakan Hari Pengakap Malaysia yang disambut pada tiap-tiap tahun pada 01 Ogos.
Saya juga selaku Ketua Pengakap Negara yang telah menerima “Ampuni Perkenan” daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, untuk meneruskan perkhidmatan dan sumbangan bakti, selaku Ketua Pengakap Negara selagi belum ada gantian, sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas segala sokongan tidak berbelah bagi daripada semua peringkat pimpinan samada diperingkat Kebangsaan, Negeri, Daerah, Kumpulan dan Ahli-ahli dari seluruh Negara, yang sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam memperjuangkan serta memajukan pergerakan Pengakap di seluruh Negara. Saya menyedari dan menginsafi Visi dan Misi Persekutuan Pengakap Malaysia terhadap generasi penerus yang berilmu dan bertoleransi dalam mewujudkan sebuah Negara yang majmuk dan maju ke hadapan walaupun Pengakap secara kecil-kecilan malah memainkan peranan yang signifikan kearah ini. Read the rest of this entry »

Ahli Kumpulan :

  1. Mohamad Rizal bin Mat Said
  2. Zamri bin Karim
  3. Mohd Fauzan bin Mahazir
  4. Hazni binti Abdul Ghani
  5. Rosila binti Amat Temin
  6. Maslinda  binti Mat Daros

Tajuk                : Pengalungan Rambu Pengakap Muda
Tarikh              : 23 Oktober 2010
Tempat            : Hotel Selesa Pasir Gudang
Objektif           :
1)      mengiktiraf Pengakap Muda yang telah berjaya melengkapkan Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya
2)      Menyediakan Pengakap Muda yang bersemangat dan berwawasan untuk ke peringkat seterusnya iaitu Pengakap Remaja dan Pengakap Raja
3)      Menyahut cabaran Scoutjb yang mensasarkan lebih ramai Pengakap Raja dari daerah Johor Bahru di masa akan datang.

Sasaran        : Pengakap Muda yang telah melengkapkan Lencana Usaha, Lencana Maju dan       Lencana Jaya dari semua sekolah menengah daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang.

Nama Ahli :
1. Md Rithauddin B Alias  irdeena4u@yahoo.com (SK Damai Jaya)
2. Faisal B Nasharuddin FB Faisal Nasharuddin (SK Sri Amar)
3. Sharulnizam Othman painhydra@yahoo.com (SK Taman Cempaka)
4. Azilah Bt Md Noor elazz@yahoo.com (SK Taman Universiti 4)
5. Noraliza Bt Mohamad noralizain@yahoo.com (SK Taman Impian Emas)

Tajuk Program : JUMBO SALE
Objektif : Dengan berlangsungnya program ini nanti kami berharap moga murid kami dapat mempraktikkan salah satu daripada undang-undang pengakap iaitu BERSAUDARA BERBUDI.

Sasaran: Ahli Pengakap dan Pengakap Pendidikan Khas sekolah masing-masing
Tarikh : 9 OKTOBER 2010 Hari Kokurikulum
Lokasi : SK Damai Jaya

Aktiviti
1. Menyediakan kertas cadangan 
2. Menyediakan iklan untuk diedarkan kepada ibu bapa,guru-guru, dan masyarakat
3. Mengumpul dan memilih barang yang sesuai bersama ahli pengakap yang disasar
4. Jualan amal dilaksanakan.
5. Setiap sekolah yang terlibat akan membawa barang dan pelajar yang terlibat ke lokasi 
5. Hasil jualan akan disumbangkan secara langsung kepada rumah kebajikan yang dipilih.
6. Barangan yang tidak habis dijual akan dibawa bersama untuk disumbangkan.

PROGRAM MENJEJAK ALAM SCOUTSJB

Nelson Llames – SDARY
Chin Siew Fah – SDARY
En Rosli B Mohd – SMK Sri Rahmat
En Osman B Zainul – retired teacher 
Cik Nur Izzaty Khalil – SMK Tasek Utara 2 
Pn Nezelynn Suraya – SMK Sri Perling

MATLAMAT :
Member ilmu berkaitan alam flora dan fauna melalui aktiviti mengembara untuk menanam kasih kepada haiwan dan menghargai persekitaran.
OBJEKTIF:
Pada akhir sesi aktiviti, diharap pelajar dapat :
1. Mencari 6 jenis nama haiwan.
2. Mengambil gambar bunga sebanyak 6 jenis yang berlainan.
3. Memerhati dan mengambil gambar 6 jenis burung berdasarkan nama burung yang telah diberikan.
4. Melawat Muzium Johor dan melengkapkan senarai semak berkaitan tempat lawatan.
SASARAN:
55 orang pengakap Pendidikan Khas daripada 11 buah sekolah Integrasi Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru.

All The Happy Face - C'la's Photo

Tahniah diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, pembimbing dan urusetia Kursus ini. Kursus telah berjalan dengan amat lancar dengan penyertaan seramai 43 orang Pemimpin Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-Kanak bermula daripada 28-30 Mei 2010 di Tapak Perkhemahan Rekreasi UTM. Nantikan laporan lanjut kursus ini.