Posts Tagged ‘daftar’

Pendaftaran Kumpulan Pengakap Daerah Johor Bahru telah dibuka. Bagi Zon Johor Bahru, satu sesi bersama AmBank akan dijalankan di AmBank Cawangan Taman Bukit Indah (berhadapan Jusco Bukit Indah) bagi urusan pendaftaran ahli Pengakap pada 27 Mac 2010 (Sabtu) bermula pukul 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari.

Bagi Zon Pasir Gudang, satu sesi bersama AmBank akan dijalankan di AmBank Cawangan Pasir Gudang bagi urusan pendaftaran ahli Pengakap pada 28 Mac 2010 (Ahad) bermula pukul 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari. Pemimpin – pemimpin Pengakap perlu membuat pendaftaran bagi tahun 2010. Sila isi maklumat yang diperlukan ke dalam fail Excel yang disertakan. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila email kepada daftar@scoutsjb.net

Pembayaran boleh dibuat dengan cara bank-in terus ke akaun AmBank atas nama PPM DAERAH JOHOR BAHRU No Akaun: 253-202-200046-3

Download Excel Pendaftaran: Borang Pendaftaran Pengakap Daerah Johor Bahru 2010