Pendaftaran Kumpulan Pengakap Daerah Johor Bahru telah dibuka. Bagi Zon Johor Bahru, satu sesi bersama AmBank akan dijalankan di AmBank Cawangan Taman Bukit Indah (berhadapan Jusco Bukit Indah) bagi urusan pendaftaran ahli Pengakap pada 27 Mac 2010 (Sabtu) bermula pukul 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari.
Bagi Zon Pasir Gudang, satu sesi bersama AmBank akan dijalankan di AmBank Cawangan Pasir Gudang bagi urusan pendaftaran ahli Pengakap pada 28 Mac 2010 (Ahad) bermula pukul 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari. Pemimpin – pemimpin Pengakap perlu membuat pendaftaran bagi tahun 2010. Sila isi maklumat yang diperlukan ke dalam fail Excel yang disertakan. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila email kepada daftar@scoutsjb.net
Pembayaran boleh dibuat dengan cara bank-in terus ke akaun AmBank atas nama PPM DAERAH JOHOR BAHRU No Akaun: 253-202-200046-3
Download Excel Pendaftaran: Borang Pendaftaran Pengakap Daerah Johor Bahru 2010

Salam pengakap,
Saya inginkan penjelasan lanjut berkaitan dengan pendaftaran pengakap 2010.
1-Berapa borang yang perlu saya isikan utk mendaftarkan 1 orang pemimpin dan 20orng pelajar?
2-Adakah wajib mengisi borang amBank? Jika ya, di mana boleh di muat turun kerana di blog ini hanya ada borang excel sahaja.
3-Apakah yang dimaksudkan dengan pendaftaran kumpulan, adakah 20org sudah cukup untuk 1kumpulan? dan di mana nak dapatkan borang untuk kumpulan?
Terima Kasih
Salam Pengakap,
Bagi menjawab solana cikgu,perkara pertama yang perlu cikgu lakukan ialah dengan memuat turun file MS-Excel diakhir post ini. Ada diletakkan di bahagian bawah.
1. Ada satu file saja yang perlu cikgu isi.untuk murid, sila isi dibahagian murid mengikut unit PKK atau PM atau PR. Di bahagian pemimpin pula isi senarai nama pemimpin beserta dengan item lain yang diminta. Tak perlu untuk isi banyak borang,cuma isi file excel itu saja. Kemudian, cetak satu salinan untuk diserahkan semasa hari pendaftaran nanti beserta satu salinan softcopy.
2. Untuk murid cikgu yang ingin pakej 2 atau 3, sila bawa dokumen tambahan seperti yang ditulis dalam poster pendaftaran. Hanya dokumen itu saja diperlukan, tak perlu isi borang tambahan lain.
3. Pendaftaran kumpulan pun ada di dalam file excel yang disertakan di dalam post ini. Cuma tulis nama sekolah, dan no untuk dihubungi.Kalau sekolah cikgu belum ada no kumpulan, tinggalkan kosong.Kami akan bagi semasa pendaftaran nanti.
Harap jawapan ini membantu cikgu. Kalau ada lagi pertanyaan, boleh hubungi Tuan DC atau ADC Membership Growth. Terima kasih kerana bersama-sama meningkatkan martabat Pengakap.
Salam Pengakap….
1. Kenapa borang pendaftaran yang ada kat web tiada borang untuk pemimpin dan kumpulan? setiap kali saya buka hanya ada borang untuk pelajar je..
SALAM PENGAKAP. SAYA INGIN PENJELASAN LANJUT BERKAITAN PENDAFTARAN. JIKA KAMI HANYA MEMILIH PAKEJ 1 SAHAJA, ADAKAH KAMI MASIH DIKEHENDAKI UNTUK MENGHANTAR BORANG PENDAFTARAN DI AMBANK CAWANGAN TAMAN BUKIT INDAH?TERIMA KASIH.
Salam Pengakap,
Cik/Puan Nadhirah: Dalam file Excel tu ada terdapat utk pemimpin,sila tgk tab di bawah paparan excel. Bahagian atas pemimpin tu ada detail utk kumpulan yang perlu di isi. Cuba tgk betul, betul..kalau tak dpt juga, maybe kena klik di button back kat tab bawah tu…
cik/puan Siti Nor Azura: Boleh hantar borang tu awal atau pada 27 hb 3 di Ambank Bukit Indah. Tidak perlu tunggu 27 hb pon boleh…sbb ambil pakej 1 saja kan.
salam pengakap,
sori masih ada satu pertanyaan.borang tu kena htr ke mana selain dari di Ambank Bukit Indah sb saya ambil pakej 1.mcm yang En Tajul bagitahu saya kat atas, saya boleh hntr awal, x perlu tunggu 27 hb, jadi saya kena hantar ke mana? kena by hand or post. terima kasih.
cikgu boleh hubungi En Jayakhantan atau En Ng Cheng Tong untk penghantaran. Atau serah pada saya pon boleh…buat payment through acc Ambank PPM Daerah Johor Bahru dulu, then serah hardcopy dan softcopy beserta dengan bukti pembayaran…soft copy tuh email pon boleh…
askm. boleh x bayar dengan tunai ketika pendaftaran?
SAYA NAK TANYA BILA TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PENGAKAP INI.PELAJAR SAYA SEMUA AMBIK PAKEJ 2.SY DAH KOL AMBANK.DIORANG KATA XDER TARIKH TUTUP.DI SEKOLAH SY SK.KOPOK PASIR GUDANG,220 ORG PENGAKAP NAK DAFTAR JADI TIMBUL MASALAH CIKIT UNTUK MENYEDIAKAN DOKUMEN2 YG DIKEHENDAKI TU..
boleh cikgu…tunai pon boleh.
Bolehkah pembayaran pendaftaran pengakap 2010 bagi sekolah saya dibayar dengan menggunakan cek sekolah?
Salam..
Saya terlepas untuk membuat pendaftaran pada 28hb mac kerana masalah2 tertentu.. macam mana jika saya ingin membuat pendaftar selepas tarikh itu…
Salam Pengakap,
Bagi mana-mana kumpulan yang belum berdaftar, tarikh pendaftaran dilanjutkan ke 15/4/2010. Cara pendaftaran adalah
1. Isi borang excel yang pihak kami sediakan di bahagian pentadbiran
2. Bank-in yuran keahlian, pemimpin & kumpulan kedalam akaun AmBank atas nama PPM DAERAH JOHOR BAHRU.
3. Hantar fail excel yang lengkap serta scan salinan bukti pembayaran ke email daftar@scoutsjb.net
Bagi mana-mana sekolah yang menggunakan cek bolehlah terus bank-in ke dalam akaun.
Diharap maklumat ini dapat membantu.
Terima Kasih.
Salam… Masih blh mendaftar? terlepas pandang tarikh..
Dear Anna,
Sila contact Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Johor Bahru En. Khairi dengan segera ( 012-7610010)
Thanks.
Jayakanthan
019-5772417 | comm@scoutsjb.net
Pengurusan ScoutsJB.
salam pengakap,
kt mana saya bleh download borang pendaftaran
tq..
dah masuk pertengahan bulan Mei…agak2 bila bole daftar tambahan nama ahli2 yg baru?
Tempoh sah kad kehalian saya ialah pada 31 Mac 2004 dengan No.03:10701. Bilakah saya dapat memperbaharui kad ini sekali lag?
senyap aje ni…nak tanya..pendaftaran ahli pengakap bagi ahli baru masih bolehkah didaftarkan?schl saya ada lebih kurang 65 orang yang nak daftar..guane ni…