King Scout Tutorial II

King Scout Tutorial 2 2010

Pada 22 – 24 Jan 2010 yang lepas siri King Scout Tutorial II telah dijalankan di Pusat Pertanian Kong-Kong Laut, Pasir Gudang. Program tersebut telah disertai seramai 169 orang peserta dan 39 petugas daripada seluruh daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang.

Selaras dengan matlamat daerah iaitu untuk mencapai 100 orang calon Pentarafan Pengakap Raja pada tahun ini. Program ini telah menjadi pemacu utama dalam merealisasikan matlamat daerah sekaligus mempertingkatkan kualiti dan imej kepengakapan di Daerah Johor Bahru. Konsep tutorial yang menerapkan 60% praktikal dan 40% teori telah membuahkan hasil apabila hampir keseluruhan peserta dapat memahami dan menanamkan azam supaya dapat menjadi calon yang terbaik bagi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru (ScoutsJB) bagi mendapatkan anugerah yang berprestij itu.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan King Scout Tutorial  kali ini. Diharap pada masa akan datang kerjasama dan usaha ini dapat diteruskan.

“Sekali Berpengakap, Terus Berpengakap”

2 Responses to “King Scout Tutorial II”