Archive for January, 2010

King Scout Tutorial II

King Scout Tutorial 2 2010

Pada 22 – 24 Jan 2010 yang lepas siri King Scout Tutorial II telah dijalankan di Pusat Pertanian Kong-Kong Laut, Pasir Gudang. Program tersebut telah disertai seramai 169 orang peserta dan 39 petugas daripada seluruh daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang.

Selaras dengan matlamat daerah iaitu untuk mencapai 100 orang calon Pentarafan Pengakap Raja pada tahun ini. Program ini telah menjadi pemacu utama dalam merealisasikan matlamat daerah sekaligus mempertingkatkan kualiti dan imej kepengakapan di Daerah Johor Bahru. Konsep tutorial yang menerapkan 60% praktikal dan 40% teori telah membuahkan hasil apabila hampir keseluruhan peserta dapat memahami dan menanamkan azam supaya dapat menjadi calon yang terbaik bagi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru (ScoutsJB) bagi mendapatkan anugerah yang berprestij itu.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan King Scout Tutorial  kali ini. Diharap pada masa akan datang kerjasama dan usaha ini dapat diteruskan.

“Sekali Berpengakap, Terus Berpengakap”

APR Management Sub-Committee Meeting

The meeting was held on 15th – 17th January 2010 in Colombo, Sri Lanka and it was attended by our respective member of ScoutsJB Mohd Hafiz Bin Ariffin which is the current APR Young Adult Members Group for the term 2009-2012 and member of APR Management Sub-Committee.

Majlis Belia Malaysia

Terima kasih diucapkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia kerana memberikan peluang kepada delegasi-delegasi muda daripada negeri Johor amnya dan Johor Bahru khasnya bagi menimba ilmu dan pengalaman tentang situasi dan suasana Majlis Belia Malaysia. Berikut merupakan nama-nama delegasi yang terlibat :

a.) Mohd Hafiz Bin Ariffin

b.) Hasif Bin Zainal

c.) Muhammad Haziq Bin Zakaria

Tahniah diucapkan kepada saudara Irmohizam diatas kemenangan beliau bagi pihak Persekutuan Pengakap Malaysia dalam menjawat jawatan sebagai Naib Presiden di dalam Majlis Belia Malaysia.

Copy of design

Adalah dimaklumkan bahawa siri program Pengakap Raja bagi sessi 2010/2011 akan dijalankan. Berikut merupakan butiran program :

Nama Program : King Scout Tutorial 2 2010/2011

Tarikh : 22 hingga 24 Januari 2010

Tempat : Pusat Pertanian Kong-Kong Laut, Pasir Gudang

Masa : 2.30 ptg – 6.30 ptg (Waktu Pendaftaran)

Bayaran : RM 25 (Kos Pengurusan, Modul Pembelajaran, Sijil)

Sasaran Penyertaan : Tingkatan 4 & 5 (Yang ingin mendapatkan Anugerah Pengakap Raja)

(16thn setengah – 18 thn setengah)

Sebarang permasalahan atau pertanyaan sila hubungi En. Zahril bin Saleh di 013-799 1525 (Pengarah Siri Program Pengakap Raja 2010/2011)

happy_new_year_2010_card-p137710923531843483q6k5_400Selamat Tahun Baru diucapkan daripada kami Majlis Pemimpin PPMDJB kepada semua warga Pengakap khususnya ahli-ahli Persekutuan Pengakap Daerah Johor Bahru (ScoutsJB) !

Terima kasih diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang 2009!