Archive for August, 2009

Salam Pengakap buat semua pengunjung ScoutsJB.net dan selamat berpuasa. Di bawah adalah beberapa contoh logo baru untuk tatapan semua. Sudi-sudilah kiranya untuk membuat undian di ruangan undi. Logo yang terpilih akan dijadikan logo rasmi bagi ScoutsJB dan juga brand untuk merchandise ScoutsJB nanti.

logoscoutsjb01

logoscoutsjb02

logoscoutsjb03

logoscoutsjb04

logoscoutsjb05

logoscoutsjbfacebook

19082009074

1st ScoutsJB Scout For Nature – Egg Life Campaign

Rabu, 19 Ogos 2009 – Seramai 58 orang telah menyertai kempen ‘Scout For Nature – Egg Life’ yang telah diadakan di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.Antara kumpulan yang terlibat ialah Pasukan Kelana Pengakap Kelana G, Pengakap Darat Kumpulan Pertama dan Pengakap Laut Kumpulan Kelima. Kumpulan ini merupakan kumpulan perintis dalam pelancaran kempen SFN di Johor Bahru.Program ini adalah kerjasama diantara Majlis Kelana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan World Wildlife Federation (WWF)

19082009060

Sehubungan dengan itu, nilai yang cuba diterapkan di dalam kempen ini adalah untuk memupuk kesedaran di kalangan ahli Pengakap khususnya golongan Pengakap Kelana mengenai isu-isu utama yang diutarakan oleh dunia. Kempen kesedaran yang bersifat glokal ini mampu memupuk semangat cintakan alam sekitar serta menghargai hidupan di sekeliling terutamanya bagi hidupan yang kian pupus dan terancam. Objektif utama kempen ini adalah untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia dalam mewujudkan akta pengharaman penjualan telur penyu di Malaysia dan menyelamatkan spesis-spesis penyu yang kian terancam.

19082009091

A scout is a friend to animals -Robert Stephenson Smith Baden Powell

SFNScout For Nature

Tujuan utama kempen ini adalah untuk mempertingkatkan tahap kesedaran dikalangan ahli

Pengakap dan warga Malaysia . Khususnya golongan belia dalam kepentingan kita menjaga alam sekitar.

Projek pertama dibawah Kempen ‘Scout For Nature’ adalah konservasi penyu iaitu Kempen ‘Egg=Life

dengan kerjasama WWF Malaysia. Kempen ini berpontensi untuk mengintegrasikan Pengakap bersama

masyarakat dan memberi peluang untuk membina rangkaian komunikasi baru melalui kepengakapan.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kepada semua calon yang mengambil Peperiksaan Radio Amatur untuk sesi 1 2009, keputusan peperiksaan telah dikeluarkan. Anda semua boleh menyemak keputusan peperiksaan secara online di http://rae.skmm.gov.my dengan memasukkan No Kad Pengenalan atau No Indeks meja anda semasa peperiksaan yang lepas.

Terima kasih.

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia