Archive for May, 2009

Kem Kemahiran Pengakap Kelana


Tarikh : 5-7 Jun 2009

Tempat : SK. Tiram Duku, Ulu Tiram

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi En. Afzainizam B. Ahmad di 019-7782284(ADC.Latihan) atau En. Mohd Hafiz Bin Ariffin di 013-7600036 (ADC.Pogram) sebelum 2 Jun 2009. ATAU lawati laman web PLDJB @ http://pldjb.scoutsjb.net untuk maklumat lanjut.

Salam,

Adalah dimaklumkan, satu mesyuarat AJK Perhubungan PPMDJB akan diadakan di SMK Taman Universiti 1. Mesyuarat akan di pengerusikan oleh En. Tong selaku ADC Perhubungan. Keterangan adalah seperti berikut:

Tempat: SMK Taman Universiti 1

Tarikh: 23hb Mei 2009

Masa: 9.00 malam

Bagi ADC yang terlibat sila hadirkan diri pada mesyuarat tersebut. Juga bagi yang berminat untuk memiliki Medal 100 tahun berpengakap di Malaysia, sila bawa bersama wang sebanyak RM95.00 untuk diserahkan kepada En. Tong pada mesyuarat tersebut.

Sekian. Terima kasih.

ScoutsJB telah berjaya menganjurkan JOTA Malaysia ke-2 dengan kerjasama JASRA dan K-Rovers. Acara telah berlangsung dari 15-17 Mei di Ozzdong, Taman Pelangi. Tahniah kepada semua krew dan petugas yang telah bertungkus lumus memasang antenna, peralatan radio dan mengendalikan program kali ini dengan jayanya.

ScoutsJB akan menganjurkan JOTA Malaysia kali ke-2.

Tarikh : 15 – 17 Mei 2009

Tempat : Ozzdong, Jalan Kuning Dua, Taman Pelangi, Johor Bahru.

Penyertaan : Terbuka kepada SEMUA dan secara walk-in.

Sasaran : Pemimpin-pemimpin Pengakap, Pengakap Kelana dan masyarakat awam.

Di sinilah peluang anda untuk berkenalan dengan Radio Amatur.

Tarikh: 12 Mei 2009

Masa: 8.30 pm

Tempat: Ozzdong, Taman Pelangi

Agenda:

  1. Pembentangan minit mesyuarat yang lepas
  2. Pembentangan perancangan
  3. Laporan portfolio
  4. Hal- hal lain

Kehadiran adalah diwajibkan. Pakaian: UNIFORM LENGKAP