Archive for April, 2009

Mesyuarat Pemimpin – Pemimpin Pengakap Zon Johor Bahru

Tempat : SMK Taman Bukit Indah

Tarikh : 28hb April 2009

Masa : 2.30 p.m

Agenda Mesyuarat :

a.) Ucapan Aluan Pengerusi Sekolah

b.) Ucapan Pesuruhjaya Daerah

c.) Ucapan PPD

d.) Pembentangan :

  • Pembentangan Perancangan Zon Johor Bahru
  • Pembentangan Perancangan Program Daerah
  • Pembentangan Perancangan Latihan Dewasa Daerah
  • Pembentangan Pendaftaran 2009

e.) Hal – Hal Lain

Sebarang pertanyaan atau makluman sila hubungi En. Tajularif bin Ibrahim ( Pengerusi Zon Johor Bahru) di 013-6168137.

kad-jemputan-100-tahun-1

kad-jemputan-100-tahun-2

Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Perhimpunan Raksasa Sambutan 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia sebagaimana maklumat dibawah :

  • Tarikh: 25 April 2009 (Sabtu)
  • Masa: 10.00 pagi
  • Tempat: Stadium Negara, Kuala Lumpur
  • Tempat berkumpul: Terminal Bas Larkin (24 April 2009)

Kontijen Johor Bahru dijangka bertolak pada pukul 12.00 malam (Jumaat malam Sabtu). Sila berkumpul di Terminal Bas Larkin setengah jam lebih awal.

Kontijen akan bertolak pulang pada pukul 6 petang 25 April 2009 (sabtu)

Peserta akan dikenakan bayaran RM10.00 untuk kegunaan pentadbiran.

Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama kontijen ScoutsJB ke perhimpunan ini sila hubungi En Hafiz 013-7600036 atau En Khairi 012-7610010.

Tempat adalah terhad kepada 40 peserta sahaja. “First Come, First Serve”

Sila lihat lampiran untuk keterangan lanjut.

Surat KPM Surat KPM2 Surat JPN Surat PPMDJB kepada JPN

Maklumat penyertaan 1 Maklumat penyertaan 2

Akela & Mowgli Camp 2009

Program: ScoutsJB Akela & Mowgli Camp 2009 – Zon Pasir Gudang

Tarikh: 24 hingga 26 April 2009

Tempat: Taman Pertanian Kong Kong Laut, Pasir Gudang

Masa Pendaftaran: 3.00 – 6.00 petang (24 April 2009)

Yuran: RM 25 ( Pengurusan + sewa tapak + modul + cenderahati) tambahan RM 15 untuk tempahan makanan jika berminat

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Hafiz (+60137600036) Cg Basri (+60127410257)

Peralatan: Sila rujuk borang yang disediakan

Download borang . Akela & Mowgli Camp 2009 <— Klik sini

Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. (DIPERCAYAI)

Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. (TAAT)

Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. (BERGUNA)

Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. (BERSAUDARA)

Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. (BERBUDI)

Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. (KASIHKAN BINATANG)

Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.(MENURUT PERINTAH)

Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. (TABAH HATI)

Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat. (BERJIMAT)

Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. (SUCI FIKIRAN, PERKATAAN, PERBUATAN)

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara

Menolong orang pada setiap masa

Menurut undang-undang Pengakap


On my honour, I promise that I will do my best

To do my duty to God, King and country

To help other people at all times

To obey the scout law

Seorang ahli Pengakap mestilah mengetahui dan menghafal Persetiaan Pengakap dan sentiasa patuh kepada apa yang telah dijanjikan. Persetiaan Pengakap juga mestilah dilafazkan setiap kali perjumpaan Pengakap dan dalam setiap istiadat Pengakap. Berikut adalah huraian tiga perkara yang terkandung di dalam Persetiaan Pengakap:

TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA

  • Taat kepada Tuhan bermaksud setiap ahli Pengakap mesti beragama, tidak kira agama apa sekalipun. Ahli Pengakap hendaklah patuh kepada ajaran agama, iaitu dengan beramal dan beribadat mengikut agama masing-masing.
  • Taat kepada Raja bermaksud ahli Pengakap mesti taat dan patuh kepada Yang Di-Pertuan Agong, Raja- Raja dan wakil- wakil Raja yang memerintah di negara ini. Pengakap hendaklah mengetahui dan memahami Undang- Undang negara.
  • Taat kepada Negara bermaksud ahli Pengakap hendaklah menghormati undang- undang negara, jujur dan patuh kepada Perlembagaan negara, pemimpin dan dasar- dasar kerajaan.
MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA
Ahli Pengakap sentiasa dengan jujur dan rela hati menabur bakti dan menolong orang- orang yang memerlukan sama ada berseorangan atau berkumpulan. Mereka hendaklah bersedia membantu orang ramai dan pihak keselamatan ketika berlakunya kemalangan atau kecemasan dan di dalam kerja- kerja amal yang difikirkan sesuai.
MENURUT UNDANG- UNDANG PENGAKAP
Setiap ahli Pengakap hendaklah patuh serta mengamalkan semua prinsip yang terkandung di dalam Undang- Undang Pengakap.