Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang Pengakap
On my honour, I promise that I will do my best
To do my duty to God, King and country
To help other people at all times
To obey the scout law
Seorang ahli Pengakap mestilah mengetahui dan menghafal Persetiaan Pengakap dan sentiasa patuh kepada apa yang telah dijanjikan. Persetiaan Pengakap juga mestilah dilafazkan setiap kali perjumpaan Pengakap dan dalam setiap istiadat Pengakap. Berikut adalah huraian tiga perkara yang terkandung di dalam Persetiaan Pengakap:
TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA
- Taat kepada Tuhan bermaksud setiap ahli Pengakap mesti beragama, tidak kira agama apa sekalipun. Ahli Pengakap hendaklah patuh kepada ajaran agama, iaitu dengan beramal dan beribadat mengikut agama masing-masing.
- Taat kepada Raja bermaksud ahli Pengakap mesti taat dan patuh kepada Yang Di-Pertuan Agong, Raja- Raja dan wakil- wakil Raja yang memerintah di negara ini. Pengakap hendaklah mengetahui dan memahami Undang- Undang negara.
- Taat kepada Negara bermaksud ahli Pengakap hendaklah menghormati undang- undang negara, jujur dan patuh kepada Perlembagaan negara, pemimpin dan dasar- dasar kerajaan.
