JOTA 2011 – 9M4CJB

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru akan turut serta dalam aktiviti JOTA, Jamboree On The Air aktiviti WOSM tahunan pada setiap tahum minggu ketiga bulan October. Pada tahun ini lokasi aktiviti adalah di Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya.

 

 

 

JOTA Station ScoutsJB callsign: 9M4CJB
Tarikh: 15 & 16 October 2011
Waktu: 00:00Hrs MST 15/10/2011 hingga 15:00 MST 16/10/2011
STATION MASTER:  En. Zaki bin Din, 9M2ZAK
STATION COORDINATOR:  En. Jayakanthan M.L., 9W2BUG

Program ini akan berlangsung sebagai aktiviti sampingan selaras dengan Perkhemahan Rambu dan Lencana Keris (http://scoutsjb-sktdj.blogspot.com/)

Jambori Pengakap Malaysia Ke-12 & Terengganu International Scout Jamboree

Barikut Dilampirkan Surat- Surat yang berkaitan dengan Jamboree Pengakap Malaysia ke-12 Terengganu.

    

 

Mesyuarat PPMDJB bil (1)/2011 Pengurusan dan Perlaksanaana Program

Salam sejahtera kepada Semua Ahli Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru, Pemimpin-Pemimpin dan Penolong Pesuruhjaya.

Hari ini 25hb September 2011, 15:00 – 17:00Hrs Mesyuarat ADC telah berlangsung di Kediaman Tn. Pesuruhjaya Daerah.

 

Antara yang hadir;

  1. Cik Siti Aisah Sawin
  2. En. Jayakanthan M. Lachamanan
  3. En. Pengiran Fahmi
  4. Pn. Maslinda bte Md Darus
  5. En Mohd Sani bin Md Hassan
  6. En Zalini bin Johari
  7. En. Mohd Khairi bin Jailani, Pengerusi Majlis

Antara perbincangan:

  1. Penyusunan Urus Tadbir PPM Daerah Johor Bahru (Zon JB & PG)
  2. Pendaftaran PPMDJB Tahun 2011, PIC – ADC Sani
  3. Jamboree Pengakap Malaysia Ke-12 di Terengganu dan peranan kontijen Johor, 17 – 26 Nov 2011, PIC – ADC Siti Aisah
  4. Perkhemahan Pengakap Laut 28 – 30 Oct 2011, PIC – ADC Maslinda
  5. Kursus Manik Kayu Pengenalan dan Peringkat 1, 21 – 23 Oct 2011, PIC – ADC Maslinda
  6. Tutorial Pengakap Raja, 4 – 6 atau 11 – 13 Nov 2011, PIC – ADC Zalini
  7. Perlaksanaan World JOTA oleh WOSM  & GlobalSET oleh IARU, 15 – 16 Oct 2011, PIC – ADC Jayakanthan
  8. HINEX UTM, 21 – 24 Oct 2011

Minit Mesyuarat Bil (1)/ 2011 direkodkan dalam file PPMDJB

kehilangan yang dirasai

assalammualaikum…

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan..

Disini saya ingin memberitahu bahawa Mohd Amal telah kembali ke rahmahtullah pada 26.08.2011 bersamaan 26 ramadhan 2011 pada jam 10.45 malam.Sama-sama lah kita sedekahkan al-fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat..dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.Harap segala kesalahan dan kesilapan beliau dapat dimaafkan dunia dan akhirat.

al-fatihah~

RAE 2011/1

15 June 2011, New York Hotel,

Seramai 7 orang calon daripada ScoutsJB akan menduduki peperiksaan ini pada tarikh dan tempat yang telah dinyatakan di atas.

Calon daripada ScoutsJB:

  • MUHD AFKHAL BIN AZMAN
  • MOHD ZAHRIL BIN SALEH
  • ABDUL HADI BIN ABDUL SALAM
  • MUHAMMAD ASHRAF BIN NASIR
  • NUR AMIRAH BINTI RAMLI
  • SITI NOOR FIQAH BINTI JAARI
  • NUR IZZATI BINTI MAHAD

Kami mohon doa semoga semua calon daripada ScoutsJB  lulus dengan cemerlang pada ujian ini dan akan mempunyai ‘callsign’ tersendiri.

Doa Tuan/Puan kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.